Wednesday, November 25, 2009
Berhati-hati di Jalan Raya
Sehari sebelum semua muslim dan muslimah seluruh negara menyambut Hari Raya Aidiladha, pastinya di ketika ini masing2 tengah sibuk balik kampung , yang di kampung pulak pasti tengah sibuk menyiapkan segala keperluan untuk menyambut Hari Raya esok. Best nyer..tak sabar nak makan 'sup daging'..huahaha..oh yer tadi semasa penulis dalam perjalanan ke opis, penulis terserempak 2 kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal. Kemalangan itu lokasinya berhampiran dalam tempoh tak sampai 5 minit. Ish2 dashyat..Jadi, pesanan penulis kepada pembaca2 blog ini, Berhati-hati lah semasa memandu atau menunggang motosikal, sesungguhnya malang itu tidak berbau!!..lastly, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..!!!
Wednesday, November 18, 2009
Pisau pemotong sayur vs Pistol

sumber Berita Harian Online 18/11/2009)
KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden amuk di Guar Sanji di sini, Sabtu lalu, yang berakhir dengan seorang pemuda, Mohamad Taufik Noorzan, 21, ditembak mati oleh anggota pasukan itu.
Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan melakukan siasatan penuh berhubung insiden berkenaan berikutan tindakan yang diambil polis ketika kejadian, dipertikaikan.
Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa, berkata pasukan khas yang dipantau sepenuhnya Bukit Aman itu sudah memulakan siasatan kelmarin.
"Tumpuan utama siasatan akan diberikan kepada kronologi kes, terutama berhubung kewajaran tembakan yang dilepaskan polis ketika kejadian.
"Siasatan sedang berjalan dan ia dijangka selesai dalam tempoh terdekat sebelum dikemukakan kepada Bukit Aman untuk perhatian dan tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Mohamad Taufik yang juga peniaga char koey teow yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji terkena satu das tembakan di dada ketika dikatakan cuba menyerang seorang anggota polis dengan pisau pemotong sayur.
Polis sebelum itu, dilapor melepaskan tembakan amaran ke udara namun lelaki yang dipujuk selama lebih satu jam itu terus bertindak agresif menyebabkan satu das tembakan lagi dilepaskan.
Bagaimanapun, tindakan polis yang melepaskan tembakan ke arah dada yang mengorbankan suspek dipertikaikan dan dianggap tidak wajar, sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis meminta ia disiasat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika diminta mengulas isu berkenaan juga mahu siasatan penuh dilakukan ke atas kes itu bagi mengelak daripada menimbulkan tanggapan buruk kepada imej PDRM.
Sementara itu, Jamshah berkata, pihaknya sedia disiasat dan akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pasukan khas berkenaan untuk memastikan proses siasatan berjalan lancar.
Mengenai laporan keluarga mangsa, beliau berkata, itu adalah hak mereka.
"Malah, kami di IPK Perlis menghormati tindakan itu kerana ia bertujuan mencari keadilan," katanya.
Bagaimanapun beliau yakin dengan tindakan diambil anggota berkenaan dalam kejadian itu.
"Siasatan awal dilakukan, jelas membuktikan ia bagi mempertahankan diri dan bukan suka-suka melepaskan tembakan," katanya.
P/S
Sebelum ini kita sering membaca dan mendengar berita mengenai ketangkasan PDRM menangkap penjenayah. Tetapi, setelah terbaca berita di atas, kalau tak silap penulis, kejadian ini berlaku beberapa hari yang lepas. Penulis tertanya-tanya, mengapa hal sebegini boleh berlaku, sedangkan mangsa atau 'pengamuk' yang ditembak mati itu hanyalah memegang sebilah pisau pemotong sayur. Pada pendapat penulis, anggota polis itu masih mempunyai 'option' (pilihan) untuk menembak bahagian lain yang mungkin tidak menyebabkan kematian. Tambahan pula, mangsa itu sedang dalam emosi yang tidak stabil. Apakah anggota polis tidak menjalani latihan untuk menghadapi situasi sebegini? sehingga bertindak melulu untuk melepaskan tembakan ke arah dada mangsa. Selain itu juga, adakah mangsa tersebut boleh dianggap 'penjenayah' walaupun tidak membunuh sesiapa?. Walaubagaimanapun, penulis tidak berniat untuk mempersoalkan kredibiliti pasukan polis, tetapi, hanyalah ingin meluahkan persoalan yang tersirat disebalik kejadian sebegini. Penulis berharap agar pihak polis dapat menjelaskan keadaan sebenar kejadian ini terutama sekali kepada ahli keluarga mangsa. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.
*Menulis tanpa prejudis.
Monday, November 16, 2009
Pagi yang panas
Pagiku dicerikan dengan gelak ketawa 'my little boy', dia tersengih depan tv bila aku keluar dari bilik. Ermm macam biasalah, dia dengan animasi 'Mickey Mouse'nya dah tak boleh dipisahkan. Aku plak dengan tak lain tak bukan mesti kene masuk tandas dulu. My beloved wife sediakan 'cucur bilis' untuk 'breakfast'..Ermm ..sedap dan menyelerakan. Sesampai di opis, waduh-waduh..kerja makin bertimbun atas meja. Tapi sempat juga menyonteng dalam blog ini.
Awas!!
(credit foto from www.x-fail.com)Penulis tertarik dengan gambar yang dipaparkan ini (gambar di atas). Imej yang simple tapi membawa maksud yang mendalam. Sebab penulis selalu terkena. huahaha...Kadang-kala kita sebagai suami tidak mempunyai banyak masa untuk membaca benda2 macam ni..janji pakaian dah basuh..hahaha..
Sunday, November 15, 2009
Daerah kelahiran ku

Kota belud Sabah atau pernah dikenali sebagai 'cowboy town'. Daerah yang mempunyai keluasan kira-kira 1,385.6 km persegi dengan penduduk lebih kurang 70,000 orang dan mempunyai berbagai jenis suku kaum terdiri daripada suku kaum Kadazan-Dusun, Bajau, Irranun, Ubian, Cina dan lain-lain, serta mempunyai lebih kurang 171 buah kampung. Penulis dibesarkan di Kampung Tempasuk Dua. Wah! dah lama rasanya tak balik kampung, masuk tahun ini, dah hampir 5 tahun tak balik. Mungkin pekan Kota Belud sudah ada banyak perubahan sekarang, dan yang pasti, pekannya sudah tidak seperti dulu. Banyak lot2 kedai didirikan sekaligus dapat meransang ekonomi setempat. Seingat penulis, dulu kedai yang paling 'pemes' sekali ialah kedai Gui Brother's, kedai ini lebih kurang kedai runcit jer, tapi, tak tahu lah macamana dah jadi macam 'top brand' plak, sampai nak jumpa member pun kat kedai ni. Terminal 'kereta sapu' pun kat depan kedai ini. Boleh dikatakan kalau orang Kota Belud mesti kenal dan tahu kedai Gui Brother's. Sehinggakan sekarang pemilik kedai ni sudah membuka sebuah 'Supermarket' nya sendiri di pekan ini.(memang nasib tauke tu baik la) tahun bila ia dibuka, penulis kurang pasti lah, maklumat ini pun, penulis dapat dari member2 yang balik kampung. Terdapat banyak lagi keistimewaan pekan ni, Insyaallah, penulis akan huraikan di topik2 yang seterusnya.
p/s
Insyaallah, kalau tiada aral melintang, awal tahun depan gua balik kampung. (Rindu lak rasa nak mandi sungai Kedamaian)...best uh!!..huhuhu
Sekolahku bukan syurgaku

Sekolah Menengah Teknik Kudat. Penulis menuntut ilmu di sekolah ini dalam tahun 2000-2001. Dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Sekolah ini terletak kira-kira 5km dari jalan utama dan kira-kira 20km dari pusat bandar Kudat. Kalau dilihat dari segi penempatannya, seiras dengan penempatan Pusat Tahanan atau dalam bahasa kebangsaan 'Penjara'. Ini kerana, sekolah ini dikelilingi oleh hutan dan bukit bakau. Selain itu, 90% pelajar pada ketika itu adalah penghuni asrama. Sepanjang hampir 2 tahun menghuni asrama, tolak cuti semester dan cuti balik kampung, tak sampai 2 tahun lah. Tetapi, dalam tempoh ini, pelbagai kenangan, cabaran dan rintangan telah dilalui. Bermacam2 warna ada terpalit. Bak kata orang, dalam menempuh alam remaja, tanpa pengawasan ibubapa dan keluarga terdekat, pengaruh keadaan sekeliling itu terlalu mudah mempengaruhi diri seorang remaja yang masih berdarah panas. Istilah 'ingin cuba' masih menebal pada ketika itu. Kepada pembaca yang sudah melalui alam remaja, tentu sekali tahu bagaimana alam remaja ini boleh meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup. kerana Suku dari usia kita adalah di alam remaja ini. Ia juga menjadi penentu kepada masa depan sama ada kita menginginkan masa depan yang cerah atau sebaliknya. Walaupun tiada siapa di antara kita yang menginginkan masa depan yang gelap. Berbalik kepada pengalaman penulis semasa menuntut di sekolah ini dahulu, gejala 'ragging' masih diamalkan. Senior me'ragging' junior, ini semua perkara biasa semasa mula-mula memasuki asrama. Mereka (senior) mahu menunjukan pada junior bahawa mereka lebih tua atau lebih 'bangang' dan harus dihormati. Sesi 'penderaan' ini dilakukan selama seminggu atau lebih. Dalam bahasa yang lebih standard Minggu Suai-Kenal. Apa punya cantik tema tu, tapi disalah ertikan oleh makhluk-makhluk yang berkepala batu dan tidak bertamadun. Gegala ini diamalkan dari tahun ke tahun sehinggalah penulis di gelar 'senior'. Tapi alhamdullilah, penulis tidak mewarisi keganasan yang ditinggalkan oleh kaum kerabat firaun itu. Bagi pendapat penulis, gejala sebegini boleh merosakkan akidah sesama pelajar. Tetapi, tidak dinafikan, gejala sebegini masih berleluasa di sekolah-sekolah berasrama penuh mahupun sekolah2 agama. Apapun penulis berharap gejala sebegini dapat dikawal oleh pihak2 tertentu agar tidak merosakkan generasi pada masa akan datang. Apapun, penulis tetap berterima kasih kepada sekolah ini kerana memberi ilmu untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Walaupun hakikatnya, kempen 'sekolahku syurgaku' langsung tidak memberi kesan kepada penulis, tetapi jasa baik tenaga pengajarnya tetap dihargai.....
Setitik warna permulaan..
Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca atau pelayar internet yang mungkin tersesat di blog ini. Apapun, anda amatlah dialu-alukan di blog ini. Saya masih baru dalam penulisan blog, dan sedang dalam proses belajar dalam penulisan blog. Di samping ingin berkongsi pendapat dengan anda, saya juga mengalu-alukan idea2 dari anda untuk dijadikan sebagai panduan dalam penulisan saya. Oleh itu, sekali lagi mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan saya kepada anda semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)

