
Sekolah Menengah Teknik Kudat. Penulis menuntut ilmu di sekolah ini dalam tahun 2000-2001. Dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Sekolah ini terletak kira-kira 5km dari jalan utama dan kira-kira 20km dari pusat bandar Kudat. Kalau dilihat dari segi penempatannya, seiras dengan penempatan Pusat Tahanan atau dalam bahasa kebangsaan 'Penjara'. Ini kerana, sekolah ini dikelilingi oleh hutan dan bukit bakau. Selain itu, 90% pelajar pada ketika itu adalah penghuni asrama. Sepanjang hampir 2 tahun menghuni asrama, tolak cuti semester dan cuti balik kampung, tak sampai 2 tahun lah. Tetapi, dalam tempoh ini, pelbagai kenangan, cabaran dan rintangan telah dilalui. Bermacam2 warna ada terpalit. Bak kata orang, dalam menempuh alam remaja, tanpa pengawasan ibubapa dan keluarga terdekat, pengaruh keadaan sekeliling itu terlalu mudah mempengaruhi diri seorang remaja yang masih berdarah panas. Istilah 'ingin cuba' masih menebal pada ketika itu. Kepada pembaca yang sudah melalui alam remaja, tentu sekali tahu bagaimana alam remaja ini boleh meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup. kerana Suku dari usia kita adalah di alam remaja ini. Ia juga menjadi penentu kepada masa depan sama ada kita menginginkan masa depan yang cerah atau sebaliknya. Walaupun tiada siapa di antara kita yang menginginkan masa depan yang gelap. Berbalik kepada pengalaman penulis semasa menuntut di sekolah ini dahulu, gejala 'ragging' masih diamalkan. Senior me'ragging' junior, ini semua perkara biasa semasa mula-mula memasuki asrama. Mereka (senior) mahu menunjukan pada junior bahawa mereka lebih tua atau lebih 'bangang' dan harus dihormati. Sesi 'penderaan' ini dilakukan selama seminggu atau lebih. Dalam bahasa yang lebih standard Minggu Suai-Kenal. Apa punya cantik tema tu, tapi disalah ertikan oleh makhluk-makhluk yang berkepala batu dan tidak bertamadun. Gegala ini diamalkan dari tahun ke tahun sehinggalah penulis di gelar 'senior'. Tapi alhamdullilah, penulis tidak mewarisi keganasan yang ditinggalkan oleh kaum kerabat firaun itu. Bagi pendapat penulis, gejala sebegini boleh merosakkan akidah sesama pelajar. Tetapi, tidak dinafikan, gejala sebegini masih berleluasa di sekolah-sekolah berasrama penuh mahupun sekolah2 agama. Apapun penulis berharap gejala sebegini dapat dikawal oleh pihak2 tertentu agar tidak merosakkan generasi pada masa akan datang. Apapun, penulis tetap berterima kasih kepada sekolah ini kerana memberi ilmu untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Walaupun hakikatnya, kempen 'sekolahku syurgaku' langsung tidak memberi kesan kepada penulis, tetapi jasa baik tenaga pengajarnya tetap dihargai.....


Aku yang first huhuhuhu suda bertahun2 ok tak apa. Ya bro aku pun banyak kenangan di sm teknik kudat sabah 2004,2005
ReplyDeleteYa bro memang betul budaya raging itu masih terjadi semasa saya berada di sana pada tahun 04,05 kebanyakan pergaduhan adalah disebabkan agama malah ada juga guru2 yang turut serta bersubahat. Dan saya rasa ini semua masih terjadi sehingga kini. Ini perlu dihentikan kerana ini sangat bahaya.tapi terlalu sukar untuk dihentikan.
KENANGAN DI PANTAI KORENA BERSAMA KAWAN2 TIDAK PERNAH DILUPAKAN